DM Corporate Sdn.Bhd | Pejabat Pendaftaran Syarikat & Harta Intelek Di Malaysia | Agen MyCoID & MyLLP dari SSM
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Mengenai Pengarah & Pemegang Saham


Berapakah jumlah minima pengarah dan pemegang saham yang perlu ada untuk tujuan pendaftaraan syarikat?

2 orang dikalangan individu.

Siapakah pengarah pertama?

Pengarah dan pemegang saham tak semestinya individu yang sama dan kebiasaannya pengarah dan pemegang saham adalah individu yang sama untuk mendaftarkan syarikat. 

Bolehkah pengarah dan pemegang saham tambahan dibuat.

Boleh selepas syarikat didaftarkan sepenuhnya.

Bolehkah pengarah syarikat memindahkan fail dan buku berkanun selepas syarikat didaftarkan sepenuhnya?

Boleh. 

Apakah tugas pengarah syarikat?

Diantara tugas penting pengarah ialah:-

Tiap syarikat, pengarah dan pengurus mestilah memastikan rekod-rekod akaun dan lain-lain rekod disimpan membolehkannya diaudit dengan mudah dan betul.

Rekod-rekod tersebut hendaklah disimpan untuk tujuh tahun selepas siap transaksi atau operasi.Rekod akaun dan lain-lain rekod operasi di luar Malaysia hendaklah disimpan oleh syarikat di tempat di luar Malaysia dan hendaklah dihantar ke Malaysia di suatu tempat untuk pemeriksaan oleh pengarah-pengarah yang membolehkan penyedian akaun yang sebenar.

Jika keingkaran dilakukan maka syarikat dan tiap-tiap pegawai syarikat yang ingkar adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini.

Pengarah tiap syarikat hendaklah tidak lewat dari 18 bulan selepas syarikat tersebut diperbadankan dan selepas itu sekali setiap tahun kalendar syarikat pada jarak tidak lebih dari 15 bulan membentangkan akaun untung rugi di mesyuarat agung tahunannya.

Akaun untung rugi dan kunci kira-kira syarikat hendaklah diaudit sebelum dibentangkan di mesyuarat agung tahunan.Jika mana-mana pengarah syarikat gagal untuk mematuhi atau mengambil langkah munasabah untuk menjamin pematuhan oleh syarikat atau oleh dirinya sendiri menjadi sebab keingkaran oleh syarikat, beliau adalah melakukan kesalahan terhadap akta ini.