DM Corporate Holding (M) Sdn.Bhd | Pejabat Pendaftaran Syarikat & Harta Intelek Di Malaysia | Agen MyCoID & MyLLP dari SSM
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Pendaftaran Cap Dagangan Dan Harta Intelek

DEFINISI CAP DAGANGAN

Satu tanda yang distinktif, yang mengandungi nama, perkataan, imej, nombor, kombinasi satu atau lebih elemenyang dinyatakan pada awalnya, berfungsi sebagai alat bantu bagi membezakan antara satu produk dengan produk yang lain, sebagai tanda akuan bagi sesuatu produk dan sebagai alat pemasaran.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON UNTUK MENDAFTARKAN CAP DAGANGAN ?

Cap dagangan boleh didaftarkan oleh warganegara Malaysia, atau pemegang status Penduduk Tetap, atau warga asing yang tinggal di Malaysia. Pemohon juga boleh terdiri daripada perkongsian, pertubuhan atau syarikat.

MANFAAT PENDAFTARAN

HAK EKSLUSIF Setiap cap dagangan yang didaftarkan secara sah akan menyebabkan pemohon cap dagang tersebut memiliki hak ekslusif di atas cap dagangan tadi, dalam kelas yang dipohon. Hak ekslusif ini membolehkan pemohon memonopoli hak penggunaan cap dagangan tersebut dan membolehkan tindakan undang - undang diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan atau melakukan pelanggaran hak ( infringement ). 

PERSIJILAN Setiap cap dagangan yang berdaftar akan memiliki Sijil Cap Dagangan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Cap Dagangan. Sijil ini boleh dijadikan bukti bagi di mahkamah bagi sebarang prosiding atau tindakan undang - undang, yang mana tertakluk kepada Akta Cap Dagangan 1976. Sijil Cap Dagangan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Cap Dagangan yang bernaung dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

PERLINDUNGAN HAK CAP DAGANGAN & TEMPOH SAHLAKU SIJIL

Perlindungan cap dagangan tertakluk kepada Akta Cap Dagang 1976. Ianya bersifat kewilayahan (territorial) yang mana perlindungan hanya diberikan kepada cap dagangan yang berdaftar di dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, cap dagangan yang didaftarkan di Malaysia, hanya akan dilindungi haknya di dalam Malaysiasahaja. Sekiranya ia digunakan di luar Malaysia, maka cap dagangan tadi hendaklah didaftarkan semula di negara tersebut.- Sijil cap dagangan mempunyai tempoh sahlaku selama 10 tahun. Sekiranya telah tamat tempoh, sijil cap dagangan tadi hendaklah diperbaharui bagi melanjutkan tempoh perlindungannya.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


- Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap :

- Satu salinan logo yang hendak didaftarkan- Satu salinan MyKad / MyPR

- Satu salinan Borang D ( bagi Enterprise / Milikan Tunggal )

- Satu salinan Borang 49 ( bagi Sdn. Bhd. )

- Satu salinan Akuan Bersumpah ( akan disediakan )

* Sekiranya pemohon ingin memohon mendaftarkan cap dagangan di bawah nama individu, maka hanya salinan MyKad / MyPR diperlukan

Bagi pemohon bukan warganegara Malaysia :

- Satu salinan logo yang hendak didaftarkan- Satu salinan Borang 49 ( bagi Sdn. Bhd. )

- Satu salinan Akuan Bersumpah ( akan disediakan )


SOAL JAWAP BERKAITAN CAP DAGANGAN 


1. S : Apa itu cap dagangan ? 

J : Cap dagangan adalah suatu tanda yang distinktif, yang mengandungi nama,perkataan,imej,nombor, kombinasi satu atau lebih elemen yang dinyatakan pada awalnya, berfungsi sebagai alat bantu bagi membezakan antara satu produk dengan produk yang lain,sebagai tanda akuan bagi sesuatu produk dan sebagai alat pemasaran. Ia biasanya dipanggil “jenama ”.

2. S : Apakah manfaat yang saya dapat dengan mendaftarkan cap dagangan saya ? 

J : Sebagai pemilik cap dagangan yang berdaftar, anda memiliki hak eksklusif terhadap penggunaan cap dagangan tersebut dalam kelas yang anda pohon. Hak ekslusif ini membenarkan anda memonopoli cap dagangan tersebut dan mengambil tindakan undang - undang terhadap pelanggaran hak dan salahguna cap dagangan anda.

3. S : Siapakah yang boleh mendaftarkan cap dagangan ? 

J : Cap dagangan boleh didaftarkan oleh warganegara Malaysia, warga asing berstatus Penduduk Tetap, atau warga asing yang menetap di Malaysia. Pendaftaran juga boleh dipohon oleh syarikat, pertubuhan atau perkongsian.

4. S : Berapa lamakah tempoh masa permohonan dan persijilan ? 

J : Tempoh masa permohonan adalah 24 jam dari masa permohonan dihantar. Selepas tempoh 24 jam, pemohon layak mengguna TM bagi cap dagangan yang dipohon. Tempoh persijilan mengambil masa 12 bulan dan 2 minggu, di mana sekiranya pemohon berjaya mendapatkan kelulusan dari Pejabat Pendaftar maka sijil akan dikeluarkan dan pemohon boleh menggunakan tanda “R” pada cap dagangan mereka.

5. S : Perlukah saya memperbaharui cap dagangan saya setiap tahun ? 

J : Cap dagangan hanya perlu diperbaharui dalam tempoh 10 tahun sekali.

6. S : Saya dimaklumkan maklumat kelas barangan perlu dipilih dan dinyatakan. Berapa banyak kelaskah yang wujud dalam cap dagangan ? 

J : Cap dagangan memiliki 45 kelas barangan / perkhidmatan. Setiap kelas mewakili barangan / perkhidmatan yang tersendiri.

7. S : Perlukah saya memohon untuk kesemua kelas tersebut ?

J : Tidak perlu. Kelas yang perlu dipohon hanyalah kelas yang relevan dengan barangan / perkhidmatan yang akan mengguna pakai cap dagangan tersebut. Pihak kami akan membantu anda untuk menentukan kelas yang relevan untuk cap dagangan anda.

8. S : Adakah jaminan kelulusan diberikan bagi setiap cap dagangan yang didaftarkan ? 

J : Kesemua permohonan cap dagangan adalah tertakluk kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar. Kami tidak menjamin kelulusan bagi setiap permohonan yang diajukan, namun kami akan membantu dari segi dokumentasi, khidmat nasihat prosedur pendaftaran dan proses sebelum pendaftaran seperti carian cap dagangan. Walaubagaimanapun, kelulusan permohonan dan persijilan adalah dibawah bidang kuasa Pejabat Pendaftar. 


 Fungsi Cap Dagangan

·        Fungsi Identiti – Cap dagangan membolehkan pengguna mengenal pasti sumber atau pengeluar sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh pengguna akan dapat mengenal pasti bahawa Milo dan Nescafe dikeluarkan oleh       syarikat Nestle. Jadi, Milo dan Nescafe merupakan identiti kepada syarikat Nestle. 

·      Fungsi untuk membuat pilihan – Cap dagangan membolehkan pengguna memilih barangan atau perkhidmatan dengan mudah. Bayangkan jika semua produk telefon bimbit tidak mempunyai sebarang cap dagangan, bagaimana agaknya kita ingin memberitahu penjual, telefon jenis apa yang ingin kita beli. 

·      Fungsi kualiti – Pelanggan memilih sesuatu cap dagangan berdasarkan reputasi dan kualiti barangan dan perkhidmatan di bawah cap dagangan tersebut. Sebagai contoh, pengguna akan lebih yakin untuk membeli telefon     berjenama Apple I Phone dari jenama-jenama lain walaupun harganya agak mahal. Di sini, cap dagangan Apple I Phone sendiri telah menggambarkan kualiti produk yang ditawarkan. 

·         Fungsi pemasaran – Cap dagangan amat penting di dalam sesuatu pengiklanan. Pelanggan lebih mudah dipengaruhi menerusi pengiklanan sesuatu barangan. 

·      Fungsi ekonomi – Sesuatu cap dagangan yang mempunyai reputasi tinggi akan meningkatkan nilai cap dagangan tersebut di mata pelanggan. Dengan nilai yang tinggi, pemilik cap dagangan tersebut mempunyai pilihan untuk melesankan atau memindahkan hak milik cap dagangan tersebut dengan ganjaran yang tinggi. Sebagai contoh, banyak syarikat-syarikat besar seperti Disney melesenkan penggunaan cap dagangan mereka kepada syarikat lain untuk mengeluarkan produk-produk seperti cenderahati dan sebagainya. Disney tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk mengeluarkan cenderahati tersebut dan hanya perlu mengutip royalty hasil dari perlesenan cap dagangannya.


 
 

Permohonan Cap Dagangan untuk mendapatkan status TM

Jadual Bayaran Peringkat Pertama

Fee Carian

RM 200

Fee Profesional

RM 800

Fee Permohonan & Fee Agent

RM 415

Lain-lain bayaran

RM 100

Jumlah

RM 1515

  

Jadual Bayaran Peringkat Kedua untuk mendapatkan status R

Selepas mendapat surat kelulusan dalam tempoh 6- 10 bulan selepas permohanan pertama dilakukan

Gazette Fee

RM 650

Fee Profesional

RM 400

Lain-lain bayaran

RM 100

Jumlah

RM 1150

Kos  untuk permohonan jenama / logo sebagai cap dagangan ialah RM1515 bagi satu logo atau permohonan yang merangkumi carian RM200, bayaran permohonan dan fi perkhidmatan & konsultasi RM1315. Saya akan uruskan semua urusan proses permohonan.

Proses pertama adalah dengan melakukan carian bagi memastikan jenama / logo yang ingin didaftar masih belum didaftar oleh mana-mana pihak. Jika carian menunjukkan jenama masih belum didaftarkan oleh mana-mana pihak, permohonan boleh dilakukan.

Setiap pendaftaran jenama sah selama 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Permohonan boleh dibuat di bawah nama individu atau nama syarikat / perniagaan.

Jika berminat, boleh emelkan kepada saya logo yang ingin didaftar dan bayaran untuk carian sebanyak RM200.00 dan bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank DM CORPORATE SDN BHD (MAYBANK A/C NO: 562740121191

 

Selepas selesai carian, saya akan sediakan satu laporan dan akan maklumkan prosedur dan senarai dokumen yang saya perlukan untuk teruskan permohonan. Jika permohonan boleh diteruskan, baru baki bayaran sebanyak RM1315.00 dibuat.

Proses carian memakan masa 1-2 hari bekerja, proses untuk menghantar permohonan dalam 3-4 hari bekerja. Untuk mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan, memakan masa 6-8  bulan. Bayaran terakhir ialah RM1150 dibuat selepas mendapat kelulusan.



 


Downloads
BORANG PENDAFTARAN CAP DAGANGAN - DM CORPORATE SDN BHD.pdf