DM Corporate Holding (M) Sdn.Bhd | Pejabat Pendaftaran Syarikat & Harta Intelek Di Malaysia | Agen MyCoID & MyLLP dari SSM
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Syarat Pendaftaran Syarikat


Mengisi maklumat peribadi pengarah dan pemegang saham didalam borang pendaftaran syarikat baru dengan lengkap dan tepat didalam laman web yang disediakan.Maklumat hendaklah sama seperti di kad pengenalan atau passport.Pihak kami tidak bertanggung jawap diatas kesilapan yang dilakukan dan tidak boleh dipersalahkan jika proses penubuhan syarikat mengalami kelewatan.

Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak sepenuhnya.

Proses tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan pengarah dan pemegang saham atau passport (jika warganegara asing) ke e.mail kami di dmcorporatesb@gmail.com atau fax ke 03-61562933.

Membuat bayaran secara berperingkat atau sepenuhnya mengikut jadual pembayaran seperti yang tertera dilaman web.

Bayaran baki (jika ada) hendaklah dibayar sepenuhnya untuk tujuan pendaftaran syarikat selepas permohonan carian nama syarikat mendapat kelulusan.

Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil yang dilantik bagi tujuan menandatangani dokumen pendaftaran syarikat bagi megelakkan jenayah salah laku.

Peringatan :-

Kesilapan serta kecuaian pelanggan semasa mengisi borang permohonan sama ada dari segi ejaan atau no kad pengenalan dan lain-lain maklumat seperti yang diminta akan mengakibatkan penambahan kos dan peningkatan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Pihak pelanggan.

Segala maklumat tentang perubahan peribadi pengarah dan pemegang saham dan apa jua maklumat berkaitan dengan syarikat dimasa hadapan hendaklah dimaklumkan kepada Pihak kami.

Perkhidmatan pos laju atau courier hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.


LANGKAH 1  : PROSEDUR PERMOHONAN CARIAN NAMA SYARIKAT 


Mencipta sekurang-kurangnya 3 nama syarikat untuk tujuan permohonan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum proses pendaftaran syarikat sepenuhnya boleh dibuat.

Proses permohonan carian nama syarikat mengambil masa 1jam selepas serahan dibuat dikaunter carian nama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Membuat bayaran deposit untuk permohonan carian nama syarikat seperti termaktub didalam jadual pembayaran.

Setiap permohonan carian nama tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50.00.

Memberi maksud terselindung disebalik nama yang dicadangkan jika ianya buka didalam bahasa Malaysia atau English.Contoh: Amcolians bermaksud singa besar didalam bahasa urdu.

Memberi maksud terselindung disebalik perkataan. Contoh: AMC adalah singkatan seperti berikut A-Allied, M-Malaysian, C-Corporation.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan mengeluarkan keputusan carian nama dalam tiga jenis keadaan iaitu:-

Tolak- Permohonan nama ditolak kerana menyerupai nama syarikat yang telah wujud serta mengelirukan.

Lulus- Permohonan nama diluluskan untuk digunakan sebagai nama syarikat.

Kueri- Memerlukan permohonana nama yang dibuat dipinda terlebih dahulu sebelum kelulusan nama diberikan.


LANGKAH 2 : PROSEDUR PENDAFTARAN SYARIKAT BARU 


Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang pengarah, 2 pemegang saham,1 setiausaha syarikat dan 1 orang saksi sama ada dikalangan warganegara Malaysia / penduduk tetap atau warganegara asing

Minima 3 jenis aktiviti utama syarikat perlu dihuraikan dengan jelas yang mana ianya merupakan objektif utama penubuhan syarikat dan juga merupakan aktiviti utama perniagaan serta ianya akan di masukkan di dalam Memorandum Dan Artikel.

Perlantikan pengarah,pemegang saham dan setiausaha syarikat wajib serta mesti tertera didalam Memorandum Dan Artikel atau Perkara-perkara Persatuan Syarikat.

Sekurang-kurangnya pemegang saham perlu memiliki 1 unit saham seorang dan perlu menulis dengan mengunakan tulisan tangan sendiri diatas pegangan hak masing-masing.

Kesemua pengarah,pemegang saham,setiausaha syarikat dan saksi harus terlebih dahulu menandatangani dokumen penubuhan syarikat yang melibatkan Memorandum Dan Artikel atau Perkara-perkara Persatuan Syarikat,Borang perlantikan sebagai pengarah (48A). Borang perlantikan sebagai setiausaha syarikat (48F) dan kesemua dokumen ini akan disahkan oleh pesuruhjaya sumpah serta pejabat duti setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kedudukan ahli lembaga pengarah serta pemegang saham boleh dibuat sama ada dengan pemilikan penuh rakyat tempatan atau pemilikan penuh dikalangan warga negara asing.Perlantikan pengarah dan juga pemegang saham syarikat boleh juga dilakukan sama ada melalui perkongsian atau kerjasama pintar dikalangan rakyat tempatan dan asing.

Kesemua pengarah,pemegang saham,setiausaha syarikat dan saksi yang terlibat sama ada warga negara Malaysia atau asing mesti mempunyai alamat tempat tinggal yang tetap di Malaysia.

Perlantikan pengarah,pemegang saham,setiausaha syarikat dan saksi dimestikan dan merupakan syarat bagi tujuan penubuhan syarikat.

Salinan yang jelas melibatkan kad pengenalan jika warga negara Malaysia dan passport jika warga negara asing perlu diserahkan kepada setiausaha syarikat.

Setiap syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dimestikan mempunyai alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia.

Berumur 18 tahun ke atas dan waras.

Tidak dikecualikan di bawah Akta Syarikat, 1965 (Seksyen 16(3A) dan 123(4) yakni:-

Tidak disabitkan muflis

Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan

berkenaan dengan promosi, penubuhan dan pengurusan sesebuah pertubuhan;

terlibat dalam penipuan atau ketidakjujuran yang dapat dihukum atau disabitkan dengan hukuman penjara 3 bulan atau lebih ; atau

di bawah Seksyen 132, 132A atau di bawah Seksyen 303, dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh deklarasi ini.

Tidak pernah dipenjarakan atas kesalahan yang dirujuk pada perenggan (2) dalam tempoh 5 tahun.

Serahan sijil pegangan saham akan dikeluarkan dalam masa 1 bulan selepas syarikat didaftarkan sepenuhnya dan pembelian buku-buku berkanun syarikat akan dibuat selepas sahaja syarikat didaftarkan sepenuhnya.

Buku berkanun syarikat diwajibkan di berada di pejabat berdaftar syarikat untuk tujuan mengemaskini dari masa kesemasa mengikut peruntukan Akta Syarikat,1965.

Proses perdaftaran sepenuhnya syarikat mengambil masa 5 ke 7 hari waktu berkerja selepas serahan dibuat dikaunter pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Nota :-

Setiausaha syarikat merupakan individu yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memastikan pengarah dan pemegang saham mengikut peruntukan Akta Syarikat, 1965 serta merupakan wakil bagi kedua belah Pihak diantara Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Syarikat yang ditubuhkan dibawahnya.

Pengarah dan pemegang saham dikalangan individu yang sama dibolehkan atau pengarah dan pemegang saham secara berasingan juga dibolehkan.


LANGKAH 3 : MEMULAKAN PERNIAGAAN 


Menandatangani Resolusi mesyuarat lembaga pengarah pertama sebelum:-

Penyerahan dokumen yang melibatkan Memorandum dan Artikel atau perkara-perkara Persatuan Syarikat, Borang 9 (Sijil pendaftaran syarikat asal berserta salinan),Borang 24 (Maklumat pemegang saham syarikat),Borang 44 (Maklumat pejabat berdaftar syarikat),Borang 49 (Maklumat pengarah dan setiausaha syarikat,cop getah syarikat bersama resolusi bagi tujuan pembukaan akaun bank semasa syarikat yang telah disahkan sepenuhnya oleh setiausaha syarikat akan diberi bagi tujuan membolehkan syarikat beropersai sepenuhnya didalam perniagaan yang ingin dijalankan.

Pihak syarikat perlu mempunyai individu atau syarikat yang telah sedia ada mempunyai akaun semasa peribadi atau syarikat di bank yang sama seperti tertera di resolusi bagi membolehkan akaun semasa syarikat baru dibuka.

Kesemua pengarah syarikat perlu menandatangani resolusi dan kesemua penandatangan cek yang tercatit di resolusi wajib hadir di hadapan pegawai bank ketika permohonan dibuat berserta dokumen yang telah disahkan,cop getah serta wang deposit untuk membuka akaun semasa berserta kad pengenalan pengarah dan pemegang saham.

Nota:Pengarah dan pemegang saham tak semestinya menjadi penandatangan cek syarikat dan penandatangan cek boleh dilantik dikalangan individu luaran yang tak terlibat langsung didalam jawatan pengarah dan sebagai pemegang saham.