Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Pendaftaran Syarikat Di Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Adalah wajib bagi anda untuk melantik Setiausaha Syarikat untuk membolehkan syarikat ada didaftarkan dengan sah dan sempurna mengikut Peruntukan Akta Syarikat 1965. Setiausaha syarikat kami dilesenkan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia boleh membantu anda untuk mendaftar Syarikat idaman anda.

Pendaftaran Jenama Cap Dagangan Di Harta Intelek

Agen Cap Dagangan kami boleh membantu anda untuk membuat permohonan untuk mendaftarkan jenama anda dengan sempurna mengikut garis panduan yang ditetapkan di Pejabat Harta Intelek.Hak ekslusif ini membenarkan anda memonopoli cap dagangan tersebut dan mengambil tindakan undang – undang jika perlu untuk melindungi harta intelek anda.

Pendaftaran Lesen Di Kementerian Kewangan

Kami juga boleh membantu anda untuk memohon bagi mendapatkan lesen daripada Kementerian Kewangan serta membantu anda memohon Lesen Taraf Bumiputera. Pendaftaran bagi mendapatkan lesen ini hanya layak dipohon untuk syarikat bertaraf Sendirian Berhad , Persatuan, Koperasi, Perniagaan Milik Tunggal serta Milik Perkongsian.

Selanjutnya

Image

Firma Setiausaha Syarikat Berlesen

Kami merupakan sebuah Firma Setiausaha Syarikat milik penuh bumiputera yang berdaftar di dalam Malaysia. Setiausaha Syarikat kami dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM. Kami mendapat kebenaran untuk mengunakan sistem MyCoID dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan pendaftaran syarikat anda dilakukan secara online atau didalam talian.

Selanjutnya

Image

Mengenai Daftar Syarikat

Daftar Syarikat di bawah naungan DM Corporate Holding (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah Firma Setiausaha Syarikat. Kami membantu anda untuk mendaftar syarikat baru. Anda juga boleh membeli syarikat tersedia yang berdaftar sepenuhnya di Malaysia.  Selanjutnya

Image

Pendaftaran Syarikat Baru

Jika anda bercadang untuk menubuhkan syarikat baru sila dapatkan maklumat berkaitan tentang pendaftaran syarikat baru, syarat, proses dan prosedur serta caj dan yuran yang berkaitan. Bina empayar perniagaan anda dengan mendaftar syarikat baru anda melalui kami.  Selanjutnya

Image

Pembelian Syarikat Baru

Jika anda ingin memiliki atau membeli syarikat dengan kadar segera sila dapatkan maklumat lanjut pakej pembelian syarikat, senarai nama & harga syarikat tersedia serta caj pejabat berdaftar. Wujudkan perniagaan anda dengan membeli syarikat tersedia kami  Selanjutnya

top